.t.h.e.s.t.e.p.

Daisypath Friendship tickers

.t.h.e.k.n.o.t.

Daisypath Anniversary tickers

.f.r.o.m.t.h.i.s.m.o.m.e.n.t.

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 08, 2011

.W.O.R.D.L.E.S.S.

Aku bertemu Mamu tengah hari tadi masa lunch break. Kebetulan Mamu and the gang terlibat dalam Rail Survey KL-JHB-KL. Walaupun waktu pertemuan agak singkat, namun aku puas sebab aku dapat meluahkan segala yang terbuku di hati aku ni. Kesedihan dan kepedihan yang aku dan rakan-rakan aku alami selama ini, aku hamburkan semuanya pada Mamu. Bersaksikan RS, MZ dan SYH, aku luahkan semuanya tanpa ada rasa malu. Kisah aku dan rakan-rakan yang terpinggir dan sering terlepas pandang dari pihak pengurusan divisyen kami, membuatkan kami tawar hati kerana dilayan seperti sampah. Bukan kami minta disanjung umpama bintang, cukuplah hanya menghargai kami dengan kata-kata semangat. Tindakan kejam untuk menamatkan kontrak kerja kami juga memang tidak berperikemanusiaan langsung. Malah kami turut dicerca dan dituduh tidak menjalankan tugas yang diberikan. Aku hilang hormat serta-merta dengan ketua divisyen yang pentingkan diri sendiri. Kalau dulu aku selalu ingat ketua lelaki lebih cerewet, rupa-rupanya aku silap. Ketua perempuan lebih menyusahkan dan langsung tiada perikemanusiaan, umpama manusia yang bertopengkan binatang yang tiada hati perut. Buat masa ini, talian hayat aku sudah pun nyawa-nyawa ikan. Dalam keadaan ekonomi yang masih belum stabil dan pihak kerajaan pula mengambil tindakan untuk membekukan pengambilan pekerja baru, harapan aku untuk mencari kerja lain adalah amat tipis. Selama 5 tahun aku abdikan diri aku dengan TM, akhirnya bakal berakhir jodoh antara kami. Kerja aku yang ada sekarang inilah yang banyak membantu meringankan beban hidup aku dari zaman anak dara sampailah aku dah berumahtangga. Melalui hasil simpanan gaji bulan aku inilah, aku mampu untuk melangsungkan perkahwinan aku tanpa menggunakan sesen pun duit ibuku. Dengan kerja ini jugalah aku mampu membeli Mr.V buat kegunaan ibuku. Hampir berlinang airmataku tetapi aku menahan dan membiarkan ianya bergenang di tubir mata. Hati aku cukup walang apabila aku mula membicarakan tentang nasib kami yang terpinggir ini. Akhirnya waktu yang singkat itu tamat juga. Mamu sempat berpesan kepada aku untuk terus bertahan dan jangan berputus asa buat masa sekarang ini. Aku sedar, Mamu banyak membantu dari belakang. Aku hargai semua usaha yang dia lakukan untuk aku dan rakan-rakan yang lain. Terus-terang aku katakan, aku tidak mempercayai sesiapa pun yang berada di dalam divisyen kami di KL. Semua yang ada umpama gunting dalam lipatan. Namun aku bersyukur masih ada Mamu yang memahami situasi aku dan rakan-rakan yang lain dan aku boleh lihat kesungguhan dia untuk membantu aku semampu yang boleh. Sejauh mana keikhlasan dia, biarlah ianya menjadi rahsia di antara Mamu dan Sang Pencipta-Nya. Aku akan tetap meneruskan sisa kehidupan yang bila-bila masa akan berakhir. Semoga ada sinar harapan buat aku dan rakan-rakan lain daripada terus ditindas dan dijatuhkan hukuman mati tanpa diadili. Semoga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya. Aku tinggalkan Mamu dengan segala luahan yang terpendam. Di saat ini, aku rindukan mereka-mereka yang akan sentiasa berada di hati aku. -HIU-





Andai dapat aku ulang semua saat-saat indah bersamamu, akan aku pastikan saat-saat itu sentiasa bersemadi di lubuk hatiku yang paling dalam... 

No comments:

Post a Comment